Aku memang nak gelak dengan seseorang nieyh . Nak menipu tak pandai , alih-alih dia yang kene tipu . Kejadian ? Okaey , aku cerita . Janganlah mendesak . Hahah ! Bodoh aje aku nieyh .
So tengah sedap-sedap tidur petang , handphone chokia berharga 160 ringgit aku bunyi . Aku tengok number , 'unknown' ! Bukan aku tak tawu siapakah si pemanggil durjana itu , tapi memang dia tulis 'unknown' ! Privatekan numberlah tu . Tapi aku kesah ape , kot-kotlah syarikat mane-mane yang nak mencari novelist en . Jadi , dengan segala hormat aku pun mengangkat panggilan tersebut . Eih , yang bahasa aku skema sangat kenape ?! Okey , lepas tu , dengan suara yang serak aku yang sedap , maklumlah baru bangun tido , aku pun cakap .. , "yes" ! orang tu pun mula buat aku saket ati ! Laki ..., ni mesti nak kenekan aku nieyh . Dengar suara pun macam tak mandi wajib lagi .
Sbelum dia kenekan aku , baik aku kenakan dia dulu . Dengan suara yang buat-buat manje , aku pun tanya ini *nama* yang mane . Sebab dia sebot name , tapi aku tawu dia sengaja sebab dia tawu aku memang alergic dengan nama tu . So aku pun bagilah dekat dia semua nama yang dia cakap yang aku kenal . Complicated giler ayat . harap korang faham . Dia pun konon2 menyamar sebagai salah seorang . Padahal dia tak tahu , semua nme ue aku reka jer . Dengan lenggok yang manja , aku pun buat-buat macam happy giler . Macam dia balak aku yang dah lama tak contact . Aku pun mulakanlah siasatan . Macam-macam aku tanye , itu dan ini . Tergagap-gagap dia menjawabnya .
Aku yang nak gelak tahan ajelah . tapi dia ni tanak mengalah , aku pun yang nak sambung tido cakap cani , " Yang , baby I ni macam mane ? tak lame lagi sure besar perut nieyh ." Aku macam nak mati je tahan gelak . tengok perot aku yang memang besar , lagi buat aku nak gelak . Ni buncit air , bukan buncit anak ! dia dengan gabrah nye kate aku tipu . Lepas tuh , aku pun mulakan drama terhebat . menangis-nangis aku dalam fone . Aku cakap , dia dah janji macam-macam . tergamam dia , then dia mengaku dia saja menyamar , bukan betol . Dia kate dia salah number . akhirnya , gelak yang aku tahan kuar jugak ! Dah macam witch , aku pun jerit kuat-kuat dekat fone , "Nak tipu tapi ditipu ! Hahha ! " Si dia yang pada aku tengah malu , teros off fone . sampai malam aku gelak . family aku ingatkan aku dah kene sampuk , siap baca ayat lagi sorry korang :p
P/s : Lain kali janganlah tipu orang . kan diri sendiri dah malu . So ambil lah pengajaran dari cerita ini . okelah , harap terhibur :D
No comments:
Post a Comment