It means everything :)

Assalamualaikum ! Hye readers , lama hamba tidak menulis di blog ini.  Maklumlah , busy dengan SPM and on Disember 5 2013 , berakhirlah kisah saya sebagai seorang pelajar . Alhamdulillah Allah beri kesempatan menghabiskan zaman persekolahan bersama rakan-rakan seperjuangan tak kira samada di SMK Bandar Sri Damansara 2 mahupun Technical Institute of Kuala Lumpur . Cewahh nama , padahal Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur je :P
So , sepanjang 5 tahun menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar , terlampau banyak lah kenangan tak kesah dekat BSD 2 or TiKL . Duadua ada kenangan manis . suka , duka , riang , kecewa , kasih sayang , salah faham , banyaklah lagi :)
Kehidupan baru di TiKL bukanlah bermaksud aku tinggal semua kenangan di BSD 2 . tak mungkinlah lupa , kita gelakgelak. Usik-mengusik, kutuk-mengutuk . Hahahha , biasalah budakbudak sekolah :) Kawan-kawannya lagi . Jujur , tak ada seorang pun boleh gantikan diaorang :) tapi inilah kehidupan , membina jambatan bertahun-tahun , merobohkannya sesaat je . Sama macam friendship kaan , nak membina ukhwah tu bertahun-tahun , nak merobohkan ukhwah tu , hanya dengan satu perkataan . Setuju ? :) Tapi apa pun yang jadi , bagi aku kawan tu sampai mati .
-2010 untill 2013-

gambar dekat atas tu semua gambar-gambar kenangan kitorang . comelkan ? :P andailah perpisahan itu tak wujud . andailah perselisihan faham tidak berlaku dan andailah masing-masing dapat berfikir dengan lebih matang , mungkin masing-masing dapat hidup bahagia , masih dapat bejumpa dalam keadaan tersenyum , tiada awkward moment dan paling penting , mungkin ukhwah akan lebih kuat . Tapi semua itu dah jadi Takdir yang ditentukan Allah , dan setiap yang berlaku ada hikmahnya ...

Yup , sejak masuk TiKL aku percaya hikmah Allah . banyak benda yang aku belajar . kalau selama ni dkt BSD2 aku ni lancang yang amat , nampaknya dekat teknik kelancangan aku dapat dikawal . kalau selama ni aku selalu dipujuk , dekat TiKL aku yang memujuk dan kalaulah selama ni di BSD2 aku orang yang paling bising , di TiKL aku jadi sangat senyap . yang paling ketara , sebelum ni aku buka orang yang penyabar , lawan mulut tu perkara biasa , tapi nampaknya TiKL berjaya mengubah bila aku jadi org yang lebih penyabar dari sebelumnya . Tapi Bsd2 nampaknya dah melihat semua perangai aku , sesetengahnya mungkin dah cukup mengenali :) hmmm , nampaknya sampai sini jelah kisah kami sebgai pelajar , kenangan tu tetap jadi kenangan , tapi kadang-kadang we need to empty the memory box to fill in the new one :)

No comments:

Post a Comment